Tuesday, 13 December 2011

Al-Fatihah

IPOH – Ibu dan anak antara enam mangsa yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di negeri ini pada Selasa.
Dalam kejadian di Km 91 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Bagan Serai seorang ibu bersama anaknya terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh tembok konkrit di tepi jalan.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 5.30 petang Selasa Nor Idawati Md Isa 26 dan anak perempuanya Nur Efa Eliana Mohamad Faizal berusia setahun. Mereka berasal dari Pendang, Kedah.
Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Taiping sejam selepas kejadian, katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Abdullah berkata pemandu kereta yang juga suami mangsa, Mohamad Faizal Abdullah, 28, bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia Pengkalan Lumut hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Faizal dikatakan hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu merempuh tembok konkrit di tepi jalan.
Semasa kejadian mereka dalam perjalanan dari Semanggol ke Taiping.
Sementara itu dalam kejadian di Km 367.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River seorang pemandu lori terbunuh selepas kenderaannya terbabas dan terbalik di tengah jalan.
Mangsa V.Vinayagumurti, 45, berasal dari Taman Rishah di sini yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Kejadian berlaku pada pukul 5.50 petang apabila lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari selatan ke utara dikatakan terbabas ke tengah jalan dan terbalik dan pada masa yang sama sebuah kereta dan bas ekspres yang mengekori lori berkenaan merempuhnya. Bagaimanapun pemandu kereta dan bas bersama penumpang terselamat.
Dalam kejadian lain di Langkap, Teluk Intan seorang remaja wanita berusia 18 tahun terbunuh selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah kereta lain di KM 6 Jalan Changkat Jong-Teluk Intan.
Dalam kejadian pada pukul 9.45 malam tadi mangsa Chan Kean Yee berasal dari Langkap yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Dua lagi mangsa masing-masing pejalan kaki terbunuh selepas dirempuh kenderaan ketika sedang melintas jalan.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari mangsa Kamari Toha, 57, berasal dari Lekir dirempuh kereta ketika melintas jalan di Batu 5 Jalan Lekir-Sitiawan, manakala seorang lagi wanita pejalan kaki Hasinah Samsuddin, 70, terbunuh selepas dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Jelapang-Chemur dekat sini pada pukul 12.55 tengah hari Selasa.

Chelsea vs. Manchester City Highlights

Saturday, 10 December 2011

Barcelona Rampas Takhta La Liga

MADRID – Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu jaringan untuk menewaskan Real Madrid 3-1 semalam sekali gus menamatkan rentetan 15 kemenangan musuh tradisi itu dan merampas takhta La Liga.
Barcelona ketinggalan selepas 21 saat, tetapi berjaya mengatasi Madrid di puncak liga dengan kelebihan jaringan.
“Kami lebih baik dari Madrid. Kami berpegang teguh kepada falsafah pasukan, memegang bola dan kami adalah yang terbaik,” kata pemain tengah Barcelona, Xavi. – AP

Man.United Bangkit, Arsenal Naik

MANCHESTER UNITED bangkit daripada penyingkiran mereka dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mudah membelasah Wolves 4-1 di Old Trafford, malam tadi.
Masing-masing dua jaringan Nani dan Wayne Rooney pada setiap babak cukup untuk membolehkan United kini hanya kurang dua mata daripada pendahulu, Manchester City yang hanya akan turun bertemu Chelsea pada awal pagi Selasa ini.
Tottenham yang bakal bertemu Stoke malam ini, kekal di tangga ketiga sambil Arsenal melonjak ke tangga keempat selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton di laman sendiri hasil jaringan tunggal Robin Van Persie.
Liverpool turut  naik satu anak tangga ke tempat keenam selepas menewaskan QPR 1-0 menerusi jaringan Luis Suarez , merampas kedudukan Newcastle yang tewas 2-4 kepada Norwich.
Tiga perlawanan lain malam tadi menyaksikan Aston Villa menewaskan Bolton 2-1, Swansea menewaskan Fulham 2-0 manakala Wigan menewaskan West Brom 2-1